Kami di AHSAZA OFFICIAL Setiu Terengganu menyediakan rawatan islam mengikut garis panduan yang disyariatkan oleh agama islam. Rawatan diadakan setiap hari mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh admin rawatan. Tidak dibenarkan hadir secara walkin tanpa tempahan giliran bagi sesi rawatan.
AHSAZA OFFICIAL menyediakan khidmat rawatan ruqyah syariyyah dan mempunyai perawat yang bertauliah dan pengiktirafan skm3 dan ke atas. Selain itu, bacaan yang dibacakan adalah bacaan ayat suci Al-Quran dengan baik. Kaedah yang digunakan juga berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW seperti tiupan, sentuhan dan usapan. Perawat akan memastikan memakai sarung tangan sebelum merawat pesakit dan tidak memegang tempat2 yang sensitif di kawasan tubuh pesakit. Selepas selesai sesi rawatan, kami menyediakan bahan alat bantu kesembuhan kepada pesakit dan air ruqyah untuk di minum. Bahan-bahan yang digunakan adalah herba berasaskan sunnah, bersih serta selamat untuk digunakan.
Untuk temujanji rawatan, anda boleh menghubungi admin rawatan untuk mendapatkan tarikh rawatan. Insya Allah kami akan memberikan rawatan yang terbaik dan berlandaskan syariat islam yang benar.
Anda Boleh menghubungi admin untuk menempah sesi temujanji rawatan anda di sini.